Sunday 6 July 2014

Naruto Shippuden


Naruto Shippuden

Ini adalah siri Anime ke-2 yang saya tonton ..Antara top anime yang amat terkenal yang setanding dengan anime Inuyasha, Dragon Ball dan anime-anime yang terdahulu lagi..

Naruto merupakan satu siri manga yang dihasilkan oleh seorang kartunis bernama Masashi Kishimoto yang mana turut mempunyai rancangan anime atau animasi televisyen tersendiri dengan judul yang sama. Berkisarkan tentang watak utama yang bernama Uzumaki Naruto, seorang pemuda yang bersikap nakal, hiperaktif dan penduduk di sekitar kampung tidak menyukainya. Naruto bercita-cita untuk menjadi seorang Hokage iaitu satu gelaran yang diberikan untuk Kage atau ketua ninja, selaku ninja terkuat di sesebuah kampung dengan harapan untuk lupakan tanggapan buruk terhadap masyarakat sekitar terhadap dirinya.

12 tahun sebelum peristiwa yang menjadi tumpuan dalam siri ini, seekor Musang Syaitan Berekor Sembilan (Kyūbi no Yōko/九尾の妖狐)menyerang kampung Konohagakure atau lebih dikenali sebagai Konoha. Kyūbi atau namanya Kurama merupakan makhluk berekor yang kuat, di mana satu hayunan daripada salah satu ekornya mampu mengakibatkan tsunami dan meratakan gunung-ganang. Ia telah menyebabkan kejadian huru-hara dan mengakibatkan banyak kematian penduduk di kampung Konoha. Namum, kejadian itu terhenti apabila ketua yang memerintah Konoha iaitu Hokage Keempat mengalahkannya. Hokage Keempat dan isterinya telah mengorbankan diri untuk mengurung Kurama di dalam badan seorang bayi yang baru lahir. Apabaila jalan cerita semakin berkembang, di dapati bayi tersebut sebenarnya adalah anak kandung Hokage Keempat. Nama bayi tersebut adalah Uzumaki Naruto.
Satu perintah dibuat oleh Hokage Ketiga supaya penduduk kampung lain tidak boleh menyuarakan hal ini lagi, walaupun kepada anak mereka. Walau demikian, penduduk kampung masih mengenepikan Naruto seperti orang luar. Walaupun anak penduduk kampung tidak memahami sebab ibu bapa mereka membenci Naruto, mereka juga melayan Naruto seperti ibu bapa mereka dengan mengikut telunjuk perbuatan ibu bapa mereka. Akibatnya, Naruto membesar sebagai seorang anak yatim piatu yang tidak mempunyai kawan dan tidak dihargai. Dia tidak boleh memaksa orang berkawan dengannya, maka dia mencari perhatian dengan satu satunya cara yang dia tahu; melalui tipu helah dan kenakalan. Keadaan ini berubah apabila dia menamatkan pengajian di Akademi Ninja dengan mengunakan Teknik Pembahagi Bayang (多重影分身の術/Kage Bunshin no Jutsu), untuk menyelamatkan gurunya, Umino Iruka, daripada Mizuki.
Naruto mengekalkan satu keseimbangan antara drama dan komedi dengan aksi yang padat. Ia mengikuti perkembangan Naruto dan kawannya sebagai ninja, persahabatan antara mereka dan pengaruh latar belakang mereka terhadap perwatakan mereka. Naruto menjumpai dua kawan rapat dan rakan seperjuangan iaitu Uchiha Sasuke dan Haruno Sakura, dua genin seumur dengan Naruto dan membentuk Pasukan 7 di bawah bimbingan seorang cikgu yang bernama Hatake Kakashi.
Naruto mementingkan perkembangan watak. Hampir kesemua peristiwa yang berlaku disebabkan keputusan, watak dan personaliti, sangat sedikit peristiwa berlaku kerana kebarangkalian rawak. Pada pertamanya, perkembangan watak Naruto, Sasuke dan Sakura. Kemudian, watak lain turut diperkembangkan, seperti Kakashi, Gai, Jiraiya, dan kawan-kawan Naruto yang lain.
Beberapa watak jahat juga muncul. Pertama, Orochimaru yang inginkan badan Sasuke sebagai badan barunya, kerana Orochimaru boleh menukar badan dan akhirnya dia telah dibunuh oleh Sasuke. Kedua, satu kumpulan yang dikenali sebagai Akatsuki mengejar Naruto untuk menangkap musang berekor sembilan yang terkandung dalam Naruto dan 8 ekor raksasa bertujuan untuk bangkitkan raksasa berekor sepuluh.

Berikut adalah Karakter-karekter penting dalam Anime ini:

Uzumaki Naruto

Dia merupakan anak kepada Hokage ke-4, Minato Namikaze dan Jinchuriki (rumah raksasa syaitan) seekor musang berekor sembilan (Kyuubi) yang bernama Kurama yang dikurung di dalam badannya oleh Ayahnya dan maknya juga seorang shinobi wanita yang berambut merah yang berasal dari Kampung Uzushio, Uzumaki Kushina yang telah terkorban semasa pertempuhan. Seorang yang nakal dan lucu seperti maknya tetapi bersemangat tinggi serta tidak mudah mengaku kalah seperti ayahnya. Kadang kala dia sangat serius dalam perlawanan. Anak didik kepada salah seorang 3 Lagenda Sennin, Jiraiya (juga guru kepada ayahnya). Haiwan seruannya ialah Gamabunta Raja Segala Katak dan anaknya, Gamakichi. Dia mempunyai Jutsu yang hebat seperti Rasengan (pusaran bola angin), Kage Bunshin (Teknik membahagi bayang) dan Futon: Rasenshuriken (Elemen Angin: Pasaran Shuriken).


Uchiha Sasuke

Seorang pelajar lelaki yang kacak dan digilai oleh Sakura dan Ino, pada mulanya dipandang oleh Naruto sebagai seorang pesaing tetapi lama-kelamaan menjadi kawan baiknya. Berketurunan Uchiha, hanya dia sahaja yang terselamat daripada pembunuhan beramai-ramai oleh abangnya. Sasuke menyimpan dendam terhadap abangnya, Uchiha Itachi. Memiliki teknik mata Sharingan. Anak didik atau lebih kepada salah seorang 3 Lagenda Sennin, Orochimaru dan akhirnya Orochimaru dibunuh olehnya. Selepas Sasuke membunuh Orochimaru dan abangnya, dia menyertai Akasuki untuk memusnahkan kampung Konoha. Akhirnya dia mengubah fikirannya untuk melindungi kampung Konoha setelah Itachi menceritakan kebenaran tentang dirinya dan bekerjasama dengan Naruto untuk menewaskan Tobi/Obito yang telah menjelma sebagai Raksasa Syaitan berekor sepuluh.


Haruno Sakura

Seorang gadis yang menjadi tumpuan Naruto dan Rock Lee. Mahir dalam mengawal chakra dan mempunyai tumbukan yang amat kuat. Anak didik kepada salah seorang 3 Lagenda Sennin, Tsunade yang telah menjadi Hokage ke-5 (Godaime).


Hatake Kakashi

Seorang shinobi (ninja) tahap Jonin yang diamanahkan kepada Pasukan 7 tersebut yang terkenal dengan teknik mata Sharingan (写輪眼) yang membolehkannya menyimpan dalam ingatan teknik ninja lawan yang diperhatikannya. Anak murid kepada Hokage ke-4. Mukanya sentiasa bertutup dan tidak pernah dilihat oleh orang lain kecuali pemilik Ichiraku Ramen dan pembantunya.


Sai

Seorang shinobi tahap ANBU yang telah dimasukan di dalam Pasukan 7 mengantikan Sasuke. Pada asalnya dia tiada nama. Dia sangat mahir dalam melukis dan mengunakan Jutsu untuk menghidupkan lukisannya untuk menyerang musuhnya.


Yamato

Seorang shinobi tahap ANBU yang telah dimasukan di dalam Pasukan 7 semasa Kakashi dalam hospital. Nama sebenarnya tidak diketahui. Nama kod dia iaitu Tenzō. Dia mempunyai kelebihan iaitu Jutsu kayu.

Dan ini adalah Opening Song kegemaran saya ^_^:

"Heroes Comes Back"




Dan jugaa Ending Song kegemaran saya:

"Bacchikoi" (XD)





Jika ada komen yang anda ingin utarakan..Silakan ^_^

No comments:

Post a Comment